Nekad Mahu Jaga Anak Angkat Sindrow Down , Wanita Ini Sedih Dituduh Mahu Tagih Simpati

Meskipun tiada pekerjaan dan pendapatan tetap, wanita dikenali sebagai Nur Amalina nekad untuk memelihara seorang anak angkat yang mempunyai penyakit sindr0m down.

Jelas Amalina, dia berasa simpati terhadap anaknya yang diberi nama Adam itu kerana ditinggalkan keluarga sejak dilahirkan.

“Keluarga dia sendiri memang sudah beritahu doktor untuk serahkan dia ke JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) atau cari keluarga angkat.

“Daripada lahir sampai umur lapan bulan, memang tiada keluarga yang datang jenguk.

“Saya menangis dengan emak saya, saya cakap saya nak budak ini,” katanya 

Tambah Amalina, selain mendapat kata-kata positif daripada orang ramai, ada juga segelintir mengecamnya kerana dikatakan mengambil anak angkat hanya untuk kepentingan peribadi.

“Setiap kali saya buat siaran langsung, mesti ada kec4man. Mereka cakap saya ambil anak angkat untuk tagih simpati untuk dapatkan duit. Ada kata guna untuk kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post