Pelakon Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Kepada CEO Produk Zaitun

Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada pukul 8:55 malam Ahad.

Atikah, 33, dinikahkan sendiri oleh bapanya iaitu Suhaime Jamali dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan pasangan ini bertemakan Sakura dan diadakan di sebuah dewan sekitar Kuala Lumpur secara tertutup dan dihadiri hanya keluarga serta teman rapat.

Atikah menerima tujuh dulang berbalas sembilan dan menerima mas kahwin bernilai RM300 sementara wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis pasangan ini turut disiarkan secara langsung menerusi akaun TikT0k Zaitun Industry.

Terdahulu, hubungan cinta Atikah dan Lokman sudah diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak perkenalan pada tahun 2019.

Atikah sebelum ini ketika ditemui media berkata Lokman mempunyai segala ciri-ciri lelaki yang dingininya.

Atikah menyifatkan Lokman seorang lelaki yang bert4nggungjawab dan dia berasa tenang apabila berada di sisi tunangnya itu.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post