Pelakon Wawa Zainal Muntah Dar4h , Mohon Doa Urusan Di Makkah Dipermudahkan

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengalami muntah d4rah sehingga sukar untuk bangun.

Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, perkara itu berkemungkinan disebabkan dia kepenatan sehingga badannya mengalami panas dalam.

“Alhamdulillah selesai menunaikan Umrah semalam. Pagi tu saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun.

“Sampai muntah d4rah. Mungkin sebab panas dalam.

“Minta doa banyak-banyak supaya sembuh jadi boleh Umrah bersama pasukan. Alhamdulillah di permudahkan,” katanya di Instastory.

Wawa ketika ini sedang menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga dan pasukan perniagaannya.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya juga dapat dilihat Wawa sudah menjalani ujian kesihatan kendiri C0vid, Influenza A dan B.

Aktres itu bersyukur apabila keputusan ujian tersebut didapati negatif selepas dua kali melakukannya.

“Dua kali check sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang. Tapi Alhamdulillah negatif.

“Mungkin letih sangat back to back dari Sabah, event dengan pasukan kemudian terus ke sini.

“Badan pula dah 30-an tapi perasan 20-an boleh buat semua benda,” katanya.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post