Pelawak Hamdan Senario Mninggal Dunia Di Hspital

Pelawak Hamdan Senario atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli dilaporkan mninggal dunia di Hspital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kira-kira pukul 12.50 tengah hari, Jumaat

Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee.

"Hamdan sudah mninggal dunia. Dia baru sahaja mninggal dunia pada 12.50 tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi mStar.

Kata Azlee lagi, keadaan jantung Hamdan terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan hanya bergantung alat bantuan pernafasan.

"Dia tidak sedarkan diri, ditidurkan. Jantung tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus," ujarnya.

Dalam pada itu, Azlee memaklumkan jnazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh, Perak pada pukul 3 petang untuk dikebumikan.

"Jnazah hantar terus pegi Ipoh. Kebumi disana di kampung halaman," ujarnya.

Pada Isnin lalu, Hamdan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam d4rah.

Anak bongsunya iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hspital kerana mengalami cirit-birit.

Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.

Akibat masalah kesihatan menimpa menyebabkan acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post