Pelawak Hamdan Senario Sempat Bergurau Semasa Pertemuan Terakhir , Azlee Terkilan Peny4kit Arwh Tidak Dicegah Dari Awal

Berita pemergian Hamdan benar-benar mengejutkan anggota kumpulan Senario lain yang sama sekali tidak mengetahui rupa-rupanya sahabat mereka itu mempunyai penyakit kr0nik.

Menurut Azlee, 57, dia terkilan kerana baru mengetahui Hamdan atau nama sebenarnya Hamdan Ramli, 54, mempunyai pelbagai peny4kit termasuklah s4kit jantung dan kencing manis.

"Saya pun tidak tahu sebelum ini Hamdan ada buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh atau tidak.

"Bila masuk hspital barulah kami tahu dia ada s4kit kencing manis, s4kit jantung dan macam-macam peny4kit.

Azlee terkilan kerana tidak mengetahui dari awal tentang peny4kit sebenar Hamdan.

"Saya rasa kesal juga kenapa penyakit ini tidak dicegah daripada peringkat awal tapi itulah mungkin Allahyarham tidak mahu menyusahkan keluarganya," katanya

Dalam pada itu, Azlee turut meluahkan rasa sedih apabila terkenang pertemuannya dengan Hamdan pada Sabtu lalu adalah perjumpaan terakhir.

Semasa pertemuan itu Hamdan tidak menunjukkan sebarang petanda dirinya sedang sakit, sebaliknya masih ceria bergurau dan makan malam bersama ahli kumpulan Senario lain.

"Sewaktu kami bertemu dengannya di Johor tempoh hari, tidak ada apa-apa kelakuan pelik yang ditunjukkan olehnya.

"Karakter Allahyarham ini seorang yang ceria dan dia suka bergurau. Tidak ada satu petanda pun yang menunjukkan dia sedang s4kit.

"Disebabkan itu ketika Allahyarham bertemu Senario dia begitu gembira, makan, bergurau dan rupanya itulah hari terakhir bersama kami sebelum Allah mengambil dia," ujarnya.

Bila masuk hospital barulah kami tahu dia ada s4kit kencing manis, sakit jantung dan macam-macam peny4kit.

Sementara itu, Azlee berkata kumpulan Senario bersedia memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham.

"Saya ucapkan takziah buat keluarga Hamdan termasuk kepada isteri dan anak-anaknya. Sekiranya waris-waris Hamdan mempunyai sebarang masal4h, beritahulah kepada kami (Senario).

"Senario masih sayang kepada keluarga Hamdan dan Allahyarham pun banyak berbakti kepada kumpulan kami.

"InsyaAllah selagi Senario masih ada, kalau mereka berada dalam kesusahan kami akan cuba memberi bantuan semampunya," katanya.

Terdahulu, Hamdan dilaporkan meninggal dunia di Hspital Sultanah Aminah, Johor Bahru kira-kira pukul 12.50 tengah hari, Jumaat.

Kata Azlee, keadaan jantung Hamdan terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan hanya bergantung alat bantuan pernafasan.

Jnazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh, Perak dan dikebumikan di kampung halamannya.

Pada Isnin lalu, Hamdan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam d4rah.

Anak bongsunya iaitu Nurul Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.

Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.

Akibat masalah kesihatan menimpa menyebabkan acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post