Puteri Ameerah Iras Wajah Macam Ibundanya Azrinaz , Kejelitaan Anak Sultan Brunei Ini Usia 15 Tahun Raih Perhatian Ramai

Ramai yang tertawan dengan pesona Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah baru-baru ini. Foto terkini Puteri Diraja Brunei tersebut menjadi tatapan warga maya selepas Puteri Ameerah menghadiri Charity Polo 2023.

Turut kelihatan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, YTM Putera Abdul Mateen Bolkiah dan YTM Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

Biarpun hanya bergaya kasual T-shirt rona coklat cair dan berseluar panjang putih, penampilan anakanda Sultan Brunei ini tetap menjadi tumpuan.

Memiliki rambut hitam panjang mengurai dan keperibadian puteri diraja ini yang tak lekang dengan senyuman membuatkan sesiapa saja terpikat dengan anakanda bekas pers0naliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim.

Pada 28 Januari lepas, YTM Puteri Ameerah genap berusia 15 tahun. Menatap wajah terbaharunya, ternyata gadis ini saling tak tumpah mewarisi rupa paras ibunda tersayang.

Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei.

Kedua-dua anakanda iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kini menginjak usia remaja.

Pada ulang tahun kelahiran ke-15 yang lalu, ibu jelita ini turut berkongsi gambar dan video yang dihasilkan peminatnya memaparkan kenangan Azrinaz bersama kedua-dua anakanda tersayang sewaktu mereka masih kecil.

Sumber:hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post