"Road To Bertiga" Izzue Islam Dihujani Ucapan Tahniah , Belum Ada Rezeki Tak Putus Doa

Memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Izzue Islam dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan perkhabaran tersebut.

Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bagaimanapun menjelaskan kata-kata 'road to bertiga' sekadar azam bagi permulaan tahun 2024 bersama isteri iaitu Awin Nurin.

"Belum lagi, itu adalah azam. Setiap kali masuk tahun baru itulah doa dan azam saya serta isteri.

"Setiap tahun azam yang sama sebab tahun lepas masih lagi berdua. Cuma harapkan tahun ini ada rezeki anak.

"Tapi kalau tak ada rezeki anak pun saya dan Awin bahagia saja," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Izzue memaklumkan dia tidak pernah mengambil anak angkat seperti diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

Sebaliknya kanak-kanak di dalam videonya sebelum ini merupakan anak saudaranya.

"Ambil anak angkat pun tidak lagi, mungkin ada net1zen salah faham dengan video itu.

"Itu video lama, budak dalam video itu anak saudara saya dan dia sekarang pun dah berumur empat tahun," jelasnya.

Sepuluh tahun mendirikan rumah tangga, Izzue dan isteri masih belum berputus asa mendapatkan cahaya mata malah sudah mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Antara saranan diberikan adalah dengan mengurangkan waktu kerja dan menjaga kesihatan sebagai antara usaha mendapatkan zuriat.

Izzue dan isteri sudah lakukan pemeriksaan d0ktor.

"Kami ada buat pemeriksaan dengan doktor tapi dia pun kata kami tiada masalah mungkin belum rezeki.

"Boleh jadi juga sebab sibuk berkerja sampai tidur tak menentu. Kalau nak buat rawatan persenyawaan in vitro (IVF) memang kami kena bercuti dan berehat. Makan dan kesihatan memang kena jaga dengan baik," kongsinya.

Sebelum ini, tular di media sosial video Izzue bersama isterinya Awin membeli barang keperluan mereka di sebuah pasaraya.

Namun ruangan kapsyen aktor berkenaan seakan memberi bayangan dirinya bakal bertiga tidak lama lagi.

"2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualikum 2024, bismillah #roadtobertiga," ujarnya.

Untuk rekod, Izzue bernikah dengan Awin Nurin yang juga pengurusnya pada Jun 2013.

Sumber:hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post