"Saiful Apek"-Ukhwah Ni Ibarat Tasbih , Tak Ada Permulaan Dan Pengakhiran,Jadi Pelihara Lah Sahabat Kalian Selagi Ada.

Pemergian Allahy4rham Hamdan begitu dirasai oleh segenap lapisan masyarakat apatah lagi peminat setia yang telah mengikuti beliau sewaktu di awal kemunculan beliau bersama kumpulan Senario.

Bagaimanapun, kesedihan itu lebih dirasai oleh keluarga dan ahli kumpulan senario.

Sewaktu pengebumian Allahy4rham, keenam-enam ahli Senario kelihatan bersama-sama memberikan penghormatan terakhir buat sahabat mereka.

Kata-kata terakhir yang diucapkan oleh ahli kumpulan Senario itu turut meruntun hati netizen.

“Hamdan baik tak?” soal Lan Pet Pet sejurus membacakan doa.

Saiful Apek juga yang terkenal dengan susunan ayat yang mendalam turut tidak melepaskan peluang mengucapkan kata-kata terakhir buat sahabatnya.

“Kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah orang-orang yang membenci kami. Kalau nak tanya kebaikan kami, tanya lah orang-orang yang sayang kami.

“Hakikatnya pendapat semua manusia berbeza-beza. Tapi yang penting siapa kita di mata Allah. Begitu juga penghormatan buat sahabat kami.

“Ukhwah ni ibarat tasbih, ada permulaan tak ada pengakhiran, maka peliharalah sahabat-sahabat kalian selagi ada, itu juga keluarga kita,” katanya dengan sebak.

Sumber: Yassin Senario

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post