Sayu Buaian Di Sekolah Zayn Rayyan Bergerak Sendiri , Cikgu Tak Berani Tegur ,Staf Kongsi Kisah Cubit Dan Larikan Diri

Sudah lebih sebulan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin mninggal dunia.

Namun misteri pembunuh4nnya masih belum terungkai dan terus menjadi bualan masyarakat.

Tidak terkecuali, salah seorang tenaga pengajarnya yang dikenali sebagai Shima.

Malah video tular yang memaparkan buaian berhayun sendiri yang dikongsikan Shima mendapat perhatian wrga maya sehingga ditonton lebih 1.7 juta kali.

Kapsyen 'Assalammualaikum... kalau itu awak Zayn, mainlah nak. Akak cuma rindu, terima kasih sebab datang', yang ditulis turut mengundang sayu.

Rata-rata warga maya meluahkan kesedihan dan berharap agar k3s pembunuh4n membabitkan kanak-kanak malang itu cepat diselesaikan.

"Setahu saya, dalam 40 hari tu arwh akan pergi ke tempat yang dia biasa pergi kan? Jadi mungkin betullah tu Zayn... seb4k tengok.

"Biasa kalau tengok video macam ni seram, tapi kali ini rasa sayu dan sedih. Tiada sedikit pun rasa seram. Tenang di syurga Zayn sayang.

"Saya bngsa India, tetapi rasa teringin sangat nak pergi ziarah kubur arwh... saya sangat sayang dia walaupun tak pernah jumpa," demikian antara komen warga maya.

Cubit dan melarikan diri sambil ketawa adalah cara dia bergurau dengan saya... dan dia selalu buat macam tu.

Berkongsi cerita, Shima atau nama penuhnya Nasimah Abu Bakar berkata, dia berkongsi video tentang Zayn Rayyan di TikT0k peribadinya sebagai kenangan.

"Saya pernah jaga dia, rawat dia... kenangan tu banyak dan saya tak sangka ramai orang tengok video buaian tu.

"Ramai juga salah faham tentang video tersebut... bukan maksud saya itu (main buaian) adalah Zayn sebab orang yang dah m4ti tak akan kembali, cuma saya terkenangkan Zayn sebab dia suka main buaian," luahnya.

Menurutnya lagi, buaian tersebut bergerak kerana ditiup angin dan apa yang berlaku itu menyebabkan para guru datang untuk merakamnya.

Bagaimanapun, katanya tiada antara mereka yang berani menegur kejadian buaian bergerak sendiri itu.

Mengimbau kenangan dengan arwh, dia yang merupakan pembantu guru kelas Zayn berkata, kemesraan antara mereka terjalin sejak Mac 2023 iaitu semasa kanak-kanak berkenaan mendaftar masuk.

Malah katanya, arwah Zayn adalah seorang yang ceria dan suka bergurau.

"Dia suka datang sekolah, kalau tak datang tu mesti ada sebab macam demam atau temujanji di klinik.

"Cubit dan melarikan diri sambil ketawa adalah cara dia bergurau dengan saya... dan dia selalu buat macam tu," katanya lagi.

Untuk rekod, mangsa ditemukan mninggal dunia di sebatang sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 malam, 6 Disember lalu.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post