Seminggu Mengidam Bau Tayar , Ibu Hamil Lega Dapat Cium Bau Tayar Di Kedai"Nak Ambil Bau Saja"

Wanita mengandung yang mengidam bukan sengada nak mengada-ngada. Satu keinginan yang suk4r diterjemahkan dengan kata-kata.

Keinginan seorang wanita hamil yang dikenali sebagai Wani, mengidam untuk mencium bau tayar menarik perhatian ramai sehingga tular.

Video yang dikongsi akaun TikT0k mimiaina1 itu menjadi perhatian ramai memandangkan keinginan wanita hamil yang agak unik daripada kebiasaannya.

Difahamkan ibu hamil ini mahu menghidu bau tayar dan menyatakan hasrat tersebut kepada suami sejak seminggu lalu.

Disebabkan hal tersebut, suaminya, Syafiq telah membawanya ke bengkel motosikal bagi memenuhi keinginannya.

Ujar Wani lagi, pada awalnya suaminya menghal4ng untuknya melayani keinginan tersebut memandangkan tayar pastinya mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakannya namun terp4ksa akur.

“Tapi saya pujuk suami dan beritahunya yang saya nak ambil bau saja,” katanya.

Dia dan suami kemudiannya ke bengkel sebelum tauke di sana bermurah hati membenarkannya membawa pulang tayar berkenaan di rumah.

“Tak sampai lima minit cium pun dan tak sehingga beli pun. Cuma tauke kedai minta kami bawa balik (tayar) rumah dulu kemudian pulangkan apabila sudah berpuas hati.

“Tapi saya kembalikan tayar itu kerana tak nak ada kesan buruk,” jelasnya.

Video yang telah ditonton hampir dari setengah juta itu menerima pelbagai maklum balas, baik p0sitif mahupun negatif.

Sumber:TikTok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post