Seorang Bapa Beli Sepasang Kasut Secondhand Demi Mahu Hadiri Majlis Graduasi Anak Lelakinya

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan oleh seorang ayah yang hanya mampu membeli kasut ‘secondhand’ berharga RM8 untuk menghadiri majlis graduasi anak lelakinya.

Menerusi satu perkongsian video di TikT0k Ayob Ibrahim, yang memaparkan perbualan ayahnya menghantar gambar membeli sepasang kasut terpakai yang dibelinya dengan harga RM8 sahaja.

Difahamkan, ayahnya membeli sepasang kasut berkenaan kerana terdapat kod pakaian yang perlu dipatuhi untuk majlis graduasinya.

Ayob merupakan seorang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan menamatkan pengajian pada 30 November dengan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sains Kemanusiaan.

Menurutnya, apabila dia mengetahui ayahnya telah membeli sepasang kasut terpakai demi menghadiri majlis graduasinya, dia sangat terharu dan tidak dapat menahan perasaan emosi.

Sebelum ini ayah saya se0rang pekerja k0ntraktor dan ada menjalankan perniagaan kecil secara sambilan tetapi telah bersara.

Melihat kasut yang dibeli ayahnya agak lusuh, Ayob memutuskan untuk membeli sendiri sepasang kasut hitam baharu untuk ayah kesayangannya.

Tidak lama lagi hari lahirnya bakal tiba, jadi saya memutuskan untuk membelikannya sepasang kasut baharu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sangat bangga dengan perbuatan Ayob dan mendoakan agar mereka sentiasa murah rezeki.

Terdahulu, viral di TikT0k seorang pemuda berkongsi rutin harian menjaga ibunya yang lumpuh seperti profesional macam jururawat terlatih.

Sumber: TikT0k Ayob Ibrahim

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post