Tidak Mahu Peminat Ternanti-Nanti , Berita Khabar Angin Najwa Latiff Hamil Adalah Tidak Benar

Sering mendapat pertanyaan net1zen berkenaan dia dikatakan sedang berbadan dua, penyanyi Najwa Latiff akhirnya tampil menjelaskan khabar angin tersebut.

Najwa atau Najwa Abdul Latiff, 29, berkata, dia menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu membuatkan peminat ternanti-nanti tentang perkara yang belum pasti.

"Tidak, saya tidak hamil.

Najwa Latiff menjawab persoalan netizen di media sosi4l tentang status keh4milan.

"Saya kena jawab perkara ini sebab t4kut nanti selepas sembilan bulan tidak ada anak, yang bertanya apa jadi pula.

"Jadi saya tak hamil dan doakan yang baik-baik. Terima kasih," katanya.

Najwa berkongsi perkara itu semasa mendapat pertanyaan dari netizen di Instastory miliknya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin Najwa atau lebih mesra dengan panggilan Wawa sedang berbadan dua kerana penampilannya yang berbeza ketika muncul di sebuah konsert baru-baru ini.

Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akwa Arifin pada November 2022.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post