Tiga Hari Tak Boleh Gerakkan Leher , Rupanya Syatilla Melvin Kena Slip Disc

Selalu mengalami s4kit belakang dan sukar menggerakkan leher, pelakon Syatilla Melvin terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Selepas menjalani pemeriksaan, Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, memberitahu d0ktor mengesahkan dia menghidap slip disc yang menjadi punca s4kit anggota badan sejak tiga hari lalu.

"Benda nak jadi kan. Tiga hari tak boleh gerakkan leher dan tak boleh pusing. Ingat sakit urat sebab menyusukan anak memang akan sakit belakang.

"Rupa-rupanya hari ini dapat hadiah slip disc 2024. Moga dos4-dos4 saya dapat dihapuskan... Doakan saya," katanya.

Syatilla berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram.

 Menerusi perkongsian video tersebut, Syatilla dilihat dibantu oleh beberapa jururawat melakukan osedur pengimejan resonans magnetik (MRI).

Pelakon drama Selafaz Cinta itu turut berkongsi visual paparan X-ray yang menunjukkan bahagian tulang belakangnya yang mengalami masalah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar isteri kepada Shaheizy Sam itu diberikan kesembuhan.

"Allahuakbar memang slipped disc s4kit. Semoga cepat sembuh Tilla (panggilan Syatilla).

"Ya Allah Tilla, semoga Allah hilangkan kesakitan kamu dan semoga terus sihat," tulis netizen.

Sumber:Mstar , Tiktok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post