Tuan Rumah Buat Hal Dengan Tetamu , Acik-Acik Kena Usung Baldi Kenduri Kahwin Jadi Macam Asrama

Tidak lengkap sesuatu majlis terutamanya kenduri kahwin jika tetamu yang hadir tidak diberikan cenderahati sebagai kenang-kenangan.

Melakukan perkara yang sama, seorang pelayar TikT0k berkongsikan video para tetamunya membawa pulang goodies masing-masing.

Menerusi video tular tersebut, kesemua tetamu dilihat membawa sebuah baldi sehinggakan warga maya beranggapan terdapat banyak cenderahati yang diberikan tuan rumah.

“Aku tertanya-tanya kenapa makcik-makcik bawa baldi, tunggu nak isi goodies apa tu,” ujar seorang warga maya.

Pertanyaannya itu membuatkan pelayar TikT0k Yuyu yang juga tuan rumah berkenaan menjelaskan bahawa baldi tersebut adalah goodies yang diberikan.

Susulan penjelasannya itu, beberapa warga maya tampil meninggalkan komen mencuit hati.

“Ni semua nak masuk asrama ke?

“Sopan masing-masing berbaju kurung bawa baldi tunggu lori tangki datang.

“Ingatkan orang taman tak ada air dan nak minta air rumah makcik ni,” ujar beberapa netizen lagi.

Jiran pun dah tahu kalau Cik Am Catering buat majlis mesti akan dapat benda pelik-pelik.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, dia yang ingin dikenali sebagai Syaza berkata, idea untuk memberikan baldi kepada tetamu adalah daripada ibunya sendiri.

“Baldi ni memang seikhlas hati nak bagi sebagai sedekah sebab kawan yang datang adalah kaum ibu-ibu jadi nak gembirakan hati mereka yang juga orang setaman.

“Bukan untuk mencerca atau menjatuhkan martabat seseorang... kita nak benda ni gembira dan orang semua suka.

“Maklumlah kita semua berjiwa kampung walaupun duduk di taman (perumahan),” ujarnya .

Menjalankan perniagaan katering, ujarnya, jemputan dianggarkan 200 orang dan kebanyakan adalah jiran tetangga di Tanjung Agas.

“Jiran pun dah tahu kalau Cik Am Catering buat majlis mesti akan dapat benda pelik-pelik,” ujarnya yang mengadakan majlis kesyukuran dan sambutan hari lahir.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post