Uqasha Sahkan Sedang Hamil Anak Pertama , Ada Sebab Kenapa Rahsia Berita Kehamilan Daripada Umum

Setelah lama berteka-teki, pelakon Uqasha Senrose akhirnya mengesahkan dia dan suami aktor Kamal Adli bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, memberitahu pengalaman mengalami kegugur4n sebelum ini membuatkan dia memilih untuk merahsiakan kehamilannya.

"Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha (Uqasha).

"Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab sebab dah gugur jadi Qasha t4kut.

"Jadi biarlah Qasha sendiri yang cakap. Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Amin terima kasih yang mendoakan," katanya.

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad.

Menerusi perkongsian tersebut, Uqasha turut berkongsi sekitar majlis pernikahannya sebelum memaparkan dia dalam persalinan berwarna merah memperlihatkan perutnya sudah membesar.

Bagaimanapun aktres itu tidak mended4hkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini.

Sebelum ini, Uqasha memilih mengunci mulut selepas perkongsian foto oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni menjadi perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut, Saroni memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa menerusi kapsyen video tersebut.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Uqasha sebelum ini mended4hkan pernah mengalami kegugur4n sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post