Ustaz Ebit Lew Imamkan Solat Jnazah Bella , Hadir Ke Hspital Beri Kata Semangat .

Ustaz Ebit Lew berpeluang mengimamkan solat jnazah arwh Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella, pada Rabu.

Menurut Ebit, ia dilakukan ketika berkunjung ke Jabatan F0rensik Hspital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru bagi memberi semangat kepada keluarga Bella.

"Saya imamkan solat jnazah di dalam tadi, nanti di masjid di Batu Pahat, ada solat jnazah lagi sekali," katanya.

Ebit mengucapkan kesyukuran kerana dapat solatkan jnazah Bella sebelum dibawa ke Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Banang.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Bella. Allah akan memberi kebaikan kepada insan sebanyak mana mereka ditimpa musibah.

"Semoga keluarga Bella tabah dengan ujian dihadapi," katanya lagi.

Pada 14 Disember tahun lalu, Bella yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak itu dilaporkan hil4ng selepas tidak dapat dihubungi.

Myat Bella kemudian ditemukan dalam keadaan rangka tidak sempurna pada petang Jumaat lalu di sebuah rumah sewa terbiar di Batu 7, Tongkang Pechah di Batu Pahat.

Penemuan rangka itu menjawab misteri kehilangan Bella selepas mngsa didakwa keluar bersama susp3k yang merupakan teman lelakinya.

Pada Selasa lalu, polis dalam satu kenyataan memaklumkan rangka ditemui itu adalah milik Bella selepas ujian DNA dilakukan berpadanan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post