Utamakan Solat Subuh , Restoran Nasi Kandar Sulaiman Mohon Maaf Buka Kedai Lambat

Restoran makanan popular di Pulau Mutiara, Nasi Kandar Sulaiman membuat kenyataan mohon maaf secara terbuka kepada para pelanggan mereka yang sudah beratur awal pagi dan terp4ksa menunggu premis mereka dibuka.

Nasi Kandar Sulaiman mohon maaf buka kedai lambat

Menerusi hantaran dibuat di laman Fb rasmi, pihak Nasi Kandar Sulaiman menjelaskan punca mereka lewat lima belas minit membuka kedai.

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas terdapat beberapa pelanggan tidak berpuas hati mereka membuka kedai lambat daripada waktu beroperasi ditetapkan iaitu pada pukul 6.30 pagi.

Jelas restoran terkenal yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang, mereka terpaksa lambat membuka kedai atas urusan mengutamakan solat Subuh terlebih dahulu.

“Kami minta maaf sebab tadi terpaksa buka kedai lambat pada pukul 6.45 pagi. Kami buka lepas solat Subuh. 

“Jadi sekarang waktu lambat, terpaksa buka kedai pun agak lambat sedikit. Tetapi, rasa kesian jugalah dengan pelanggan yang sudah pun beratur awal sebelum pukul 6.30 pagi.

“Ada juga beberapa orang macam tidak berpuas hati dengan kami,”jelas pihak Nasi Kandar Sulaiman.

Bagaimanapun, mereka akan terus tetap mengutamakan solat Subuh terlebih dahulu sebelum membuka kedai dan beroperasi seperti biasa.

Tegasnya, solat adalah perkara utama yang akan disoal kelak nanti jika hendak dibandingkan dengan keuntungan duniawi.

“Minta maaf, apa-apa pun kami akan utamakan solat Subuh. Jadi, kalau waktu lambat buka kedai pun, kami akan buka lambat.

“Solatlah perkara utama yang akan ditanya di akhirat nanti,”tulis mereka ringkas menerusi hantaran Fb.

Alhamdulillah, utamakan solat dulu baru berkat…

Walaupun kenyataan tersebut seolah-oleh mereka kasihan dengan pelanggan yang terpaksa menunggu lama, namun tindakan Nasi Kandar Sulaiman mementingkan solat subuh  dipuji netiz3n.

Mereka memuji dan menyokong tindakan restoran berkenaan yang mengutamakan solat, selain memberi kata-kata semangat untuk terus istiqamah.

Sumber: FB Nasi Kandar Sulaiman

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post