Wanita Geram Dihalau , Ibu Mengandung Berebut Meja Di Restoran Sebab Mengidam"Akak Pergilah Duduk Tempat Lain"

Baru-baru ini, seorang wanita melu4hkan rasa geram dengan sikap seorang ibu mengandung yang secara tiba-tiba mahu mengambil tempat duduknya di sebuah restoran atas alasan mengidam.

‘Bini saya mengandung kot kak..’

Menerusi video yang dikongsikan di TikT0k, wanita yang dikenali sebagai Huzaifah itu berkata pada awalnya dia dan anaknya sudah 

mengambil tempat duduk di restoran tersebut dan ketika sedang menunggu makanan, datang seorang lelaki yang dipercayai merupakan isteri wanita hamil itu.

Isteri dia mengandung, mengidam sangat-sangat nak duduk sini. Aku cakap lah tempat lain banyak kan, sebab masa tu aku dah letak baby chair untuk anak aku. 

Aku tanya memang kena duduk sini ke? Dia cakap isteri dia memang selalu duduk dekat sini kalau datang makan.

Lebih mengejutkan apabila wanita hamil itu terus menarik kerusi dan duduk di meja makan tersebut meskipun Huzaifah dan anak pada ketika itu masih belum berganjak dari tempat duduk.

Bini dia terus datang, duduk dekat meja tu tanpa cakap apa-apa. Suami dia sangat berlagak ya, dia cakap ‘Kak bini saya mengandung kot kak, tolonglah bagi dia duduk sini. Akak pergilah duduk tempat lain, banyak lagi tempat kan.

Huzaifah akui geram dan s4kit hati dengan tindakan suami isteri itu yang biadap dan tidak berbudi bahasa. Disebabkan itu juga, Huzaifah akhirnya memilih untuk membatalkan pesanan dan beredar dari restoran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak bersetuju dengan tindakan pasangan itu yang seolah-olah menggunakan alasan hamil untuk kepentingan diri. 

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa ibu hamil sepatutnya mengawal diri daripada mengindam perkara-perkara yang merepek dan menyusahkan orang lain.

Sumber: Huzaifah Zolkepli

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post