Betol La Kata Orang ,Sayang Cucu Lain Daripada Sayang Anak-Normala Samsudin



Memang ada benarnya perasaan menyayangi cucu itu berbeza daripada sayangnya pada anak sendiri. Lebih-lebih lagi pengalaman mendapat cucu pertama.

Inilah perasaan bahagia yang dialami sendiri ramai wanita yang bergelar nenek mahupun Tok Mama. Termasuklah yang dirasai oleh Puan Sri Normala Samsudin, 58 apabila berpeluang menjaga cucu dan anak yang sedang berpantang selama sebulan.


Terdahulu, pada 16 Jun lepas anak perempuan beliau Dr Ruhila Roslan,30 telah selamat melahirkan cahayamata lelaki yang dinamakan Aamin Yusuf Majid.

Bagi saya, mungkin di usia tua, kita ini lebih sensitif, merindui saat menatap wajah bayi, lebih matang dan memahami bahasa tangis yang nak direngekkan.

Dulu tika waktu muda sebagai ibu ayah terlalu banyak di kotak fikiran yang perlu difikirkan, kerana tika itu terlalu mentah dalam hal menjaga anak, sudah jadi resam mesti ada emak sebagai guideline untuk menjaga bayi dan dalam berpantang.

Rengekkan & Lenggok Tangis Bayi Mudah Difahami
Menurut Bekas Penyampai Berita Buletin Utama dan Pengacara Rancangan NONA ini lagi, apabila semakin berusia dan sudah menjadi nenek, berdasarkan pengalaman yang ada membuatkan setiap rengekan dan lenggok tangis bayi dapat mudah difahami.

SUDAH JADI TOK MAMA, FAHAMLAH ERTI SETIAP RENGEKKAN DAN LENGGOK TANGIS YANG SEBENARNYA. SEBAB ITU TIAP BAYI YANG BARU LAHIR PERLU ADA ORANG TUA, 

KERANA BAHASA TANGIS DAN RENGEK ITU SEAKAN DIFAHAMI JELAS DALAM KOTAK HATI ORANG YANG BERPENGALAMAN.

Ini momen tok mama dan Aamin Yusuf. Momen yang akan sentiasa dirindui, sering dikenang dan disyukuri Nikmat. Lahirnya insan kurniaan Yang Maha Esa. Tq for giving me this chance to love and to cherish.. I am a happy gramma indeed. MasyaAllah Tabarakkallah.

Sumber: NormalaSamsudinOfficial,MW
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post