"Comelnya Nama"Cukup Sebulan Bersalin ,Dayana Roza Kongsi Nama Anak Kedua

Genap sebulan selepas dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu, pelak0n, Dayana Roza tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.

Menerusi Ig, Dayana yang mesra disapa dengan panggilan nama D berkongsi pilihan namanya dan suami buat putera sulung mereka.

Gabungan nama klasik dan moden. Begitu kata wargamaya mengenai pemilihan nama anak Dayana, Aryan Andika.

“Bismillahirahmanirahim, hari ni genap sebulan D lahirkan our precious baby boy, Aryan Andika Bin A’dale Adham @aaryanandika.

“Born on 30th december 2023 at 1.56am, weighing 3.02kg ( 37 weeks ), emergency c-section ( emlscs for acute fetal distress),” tulisnya berkongsi.

Melalui hantaran yang sama, Dayana turut berkongsi beberapa keping gambar terbaru bayinya dalam satu sesi fotografi tetapi tidak berkongsi wajah comel Aryan Andika.

Tambah Dayana lagi, detik kelahiran anak keduanya itu menjadi pengalaman paling berharga malah kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan Aryan akan diingatinya sampai bila-bila.

“Mama akan ingat sampai bila-bila rasa s4kit sebelum dan selepas lahirkan @aaryanandika. Satu pengalaman yang mama takkan lupa sampai mati. Jauh beza dengan masa lahirkan @astridraheeya dulu tapi mama bersyukur Aryan sihat & selamat.

“Semoga Aryan Andika menjadi anak yang soleh, anak yang baik, mendengar kata, bijak, disenangi ramai & menjadi pelindung mama & astrid.

“Mama, Baba & Astrid loves you so much Adik Aryan 💖💖 Dengan ini mama isytiharkan kilang ditutup. Sekian terima kasih,” katanya.

Terdahulu, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post