"Lain Kali Dengar Betul-Betul"Pelanggan Buat Perangai Sepahkan Tauge Atas Meja ,Mahu Ajar Peniaga Cuai Ambil Pesanan

Pelbagai ragam pelanggan merupakan antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh golongan peniaga.

Ada pelanggan yang datang membawa kegembiraan, namun ada juga yang boleh membuatkan para peniaga pening kepala.

Terbaharu, kisah pelanggan yang biadab terhadap seorang peniaga makanan meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi di Fb.

Pelanggan boleh membuat aduan kepada peniaga sekiranya tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan sisa-sisa mi goreng serta tauge disepahkan di atas meja di sebuah kedai makan.

Menurut pelanggan itu, dia bertindak menyepahkann sisa makanan kerana mahu memberi pengajaran kepada peniaga berkenaan.

“Biasanya saya akan suruh masak semula. Tapi sebab dengan stall makanan tu, bisnes pun sendu pelanggan tiada, ini tanda protes.

Kau bersihkanlah meja tu kak, lain kali dengar betul-betul... no tauge means no tauge.

“Kau bersihkanlah meja tu kak. Lain kali dengar betul-betul. No tauge means no tauge.

“Dah cakap elok-elok dengan tukang ambil order. Tapi tukang masak pelupa ke tukang ambil order tak dengar.

“Gerai Melayu tak pakai chopstick, sisih guna garpu memang melekat macam ni,” tulis pelanggan itu.

Pelanggan lelaki itu membuat perkongsian berkenaan menerusi sebuah group Fb sebelum ia ditularkan oleh page JJCM Kedah.

“Buruk perangai. Customer not always right.

“Budak umur dua tahun pun reti asing tauge elok-elok.

“Jenis tak ada adab ni,” tulis beberapa netizen di Fb.

Namun, ada juga yang menyokong pelanggan itu dan berharap peniaga lebih peka ketika menyediakan makanan mengikut permintaan spesifik pelanggan.

“Memang patut, kau rosakkan mood orang nak makan. Sebagai pengajaran, kadang-kadang dia (peniaga) tak nak layan, bukan pelupa.

“Kadang tukang masak ni saja tak nak buat yang customer order. Aku selalu kena. Apabila suruh tukar dia marah, jeling siap perli konon aku cerewet.

“Kadang kita order untuk anak. Tak nak sayur, tak nak pedas. Sekali sampai pedas nak mampus,” ujar netizen.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post