M4lu Mak Buat Agar-Agar Santan . Murid Sorok Sebelah Tong Air , Nasib Cikgu Perasan Terus Buka Makan Ramai-Ramai

Jamuan akhir tahun persek0lahan pastinya menggembirakan pelajar sekolah kerana pelbagai juadah dan kuih muih dapat dinikmati.

Untuk menjayakannya, ibu bapa menjadi orang belakang tabir yang sibuk sehingga ada yang sanggup mengorbankan masa untuk menyediakan hidangan terbaik yang boleh dibawa anak masing-masing.

Seperti video tul4r, sebekas kuih agar-agar santan dibawa ke jamuan akhir tahun di sebuah sekolah.

Bagaimanapun, bekas kuih tersebut tidak dibuka dan dijamah oleh mana-mana murid di dalam kelas berkenaan sehingga ke akhir majlis.

Menyedari perkara tersebut, pemilik akaun TikT0k @azfaizalaziz yang juga guru di kelas berkenaan mengambil inisiatif dengan membuka bekas kuih tersebut dan menjamahnya di hadapan murid-murid.

"Tengok ni, saya jumpa kuih ni... murid saya sembunyi m4lu nak bawa keluar. Saya ambil, mari kita tengok apa yang best pada kuih ni.

"Penat mak dia buat tapi tak nak bagi cikgu rasa. Sedap, dahlah sejuk... cikgu suka, cikgu suka okay," ujarnya sambil menjamah beberapa potongan kuih tersebut.

Bukan itu sahaja, dia yang dikenali sebagai Cikgu Faizal turut memanggil murid-murid lain di kelas berkenaan untuk menikmatinya bersama.

Malah dia meyakinkan anak muridnya bahawa kuih tersebut sedap dan patut dicuba oleh mereka.

"Marilah rasa, ambil satu... kena rasa," tambahnya yang turut membawa bekas kuih berkenaan kepada setiap murid untuk dimakan.

Menerusi ruangan kapsyen, dia beranggapan murid yang membawa kuih tersebut seolah-olah malu untuk menghidangkannya kerana juadah itu tidak mewah seperti yang dibawa rakan sekelas yang lain.

"Terasa dalam lubuk hati, murid susah ke, murid senang ke, kaya dan miskin tu hanya atas dunia je. Cikgu layan sama rata je dik," luahnya berserta emoji menangis.

Walau macam mana kuih tu saya akan review dan puji supaya murid rasa dirinya ada nilai.

Berkongsi cerita dengan mStar, Cikgu Faizal atau nama lengkapnya Azfaizal Abd Aziz berkata, dia merupakan guru kelas berkenaan dan jamuan tersebut diadakan pada Khamis baru-baru ini iaitu hari terakhir sesi persekolahan 2023.

Dia yang rapat dengan murid-murid sering diminta untuk membuat reviu makanan dan memuat naik ke TikT0k.

"Mak-mak masak, mereka akan suruh review dan masuk dalam TikTok... saya buat review macam biasa supaya budak hargai masakan ibu mereka. Budak-budak ni rasa suka apabila cikgu yang disayangi makan dan memuji hidangan yang dia bawa.

"Agar-agar tu saya sedar selepas nak kemaskan meja jamuan... saya bangun dan tengok ada plastik dekat dengan tong air, di dalamnya ada kuih. Apabila ditanya semua tidak mengaku dan mungkin pemiliknya pun berasa malu.

"Lagipun budak tak berapa minat kuih tradisional ataupun mungkin dia segan sebab kawan-kawan lain bawa kek mewah dan burger," ujarnya yang berpengalaman selama 14 tahun mengajar di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan.

Dia yang telah membuat ulasan kesemua hidangan dalam jamuan tersebut turut melakukan perkara sama pada kuih agar-agar tersebut.

Bagi guru berusia 48 tahun ini, setiap usaha yang dilakukan perlu dihargai sekali gus menaikkan semangat murid terbabit.

"Walau macam mana kuih tu saya akan review dan puji supaya murid rasa dirinya ada nilai, sebab itu lepas makan saya bagi pada yang lain supaya mereka turut menghargai mak kawan-kawannya," katanya yang turut menyumbang beberapa menu utama.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan pemilik kuih tersebut tidak mengaku sehinggalah jamuan makan berakhir.

Video perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga tular dan ditonton lebih 2.4 juta pelayar TikT0k.

Rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa sedih kerana murid tersebut enggan mengaku hasil titik peluh ibu sendiri.

Ruangan komennya juga menjadi medan luahan perasaan beberapa pelayar yang pernah berhadapan situasi menyedihkan semasa jamuan akhir tahun.

Malah ramai yang berkongsikan pengalaman makanan dibawa tidak dijamah rakan sekelas kerana dianggap murah dan biasa berbanding hidangan lain.

Sumber:TikTok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post