Norreen Banyak Menangis Sepanjang Umrah , Luah Hasrat Kembali Ke Tanah Suci Pada Ramadan

Norreen Iman banyak mengalirkan air mata saat pertama kali mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 30, bagaimanapun berkata, di sebalik perasaan sayu menyelubungi diri, dia bersyukur kerana semua urusan umrah dipermudahkan Allah SWT.

"Saya gembira sangat. Ini adalah satu-satunya foto yang boleh lihat saya tersenyum depan Kaabah. Selebihnya muka nak menangis sahaja.

"Bila semua urusan saya dipermudahkan dalam waktu yang sangat singkat, sampai di sini (Tanah Suci) macam-macam momen terbaik yang jadi pada saya, seronok sangat," katanya.

Norreen berkongsi pengalaman berada di Makkah di Ig miliknya pada Ahad.

Mengimbau pemergian ke Tanah Suci, Norreen memberitahu dia tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila hatinya di jentik Allah untuk ke sana mengerjakan umrah.

Pelakon drama Cina Buta ini berkata, pemergiannya ke sana adalah secara tiba-tiba sehingga membuatkan dia menggigil dan menangis kerana diberi rezeki menjejakkan kaki ke sana.

"Terima kasih atas jemputan-Nya. Semua berlaku secara tiba-tiba. Terima kasih sebab Allah zahirkan satu suara kuat dalam hati ini untuk saya pergi menunaikan umrah.

"Tak pernah seumur hidup saya menggigil seorang diri dan asyik bercakap dengan diri sendiri suara siapa yang kedengaran itu? Adakah saya sedang bermonolog?," katanya.

Sementara itu, besar harapan Norreen agar dapat kembali menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Harap boleh datang sini bila Ramadan. Aku doakan semua yang tengok hantara ini, insya-Allah dapat datang dalam masa terdekat dengan keadaan sihat dan juga mampu," ujarnya.

Sebelum ini, penampilan baharu Norreen menjadi perhatian pengikutnya apabila tampil mengenakan hijab.

Norreen juga sudah memadam kebanyakan foto miliknya yang mendedahkan aur4t di media sosi4l.

Selasa lalu, pelakon itu memaklumkan keterjuaan apabila akhirnya impian ke Makkah akhirnya terlaksana.

Pemergian Norreen ke Tanah Suci turut ditemani rakan dan suaminya iaitu Razzi Razak.

Sumber:IG

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post