Norren Tunai Umrah Anggap Sambutan Hari Lahir Paling Bermakna"Hadiah Paling Dahsyat , Kaabah Depan Mata"

Seb4k dan teruja! Itulah perasaan yang dapat digambar daripada riak wajah pelak0n dan pempengaruh, Norreen Iman yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah, pada Selasa.

Norreen berkata, beliau tidak menyangka kali ini diberikan hadiah ulang tahun paling bermakna dalam hidupnya.

“Alhamdulillah. Ulang tahun depan Kaabah, saya cuma niat nak pergi umrah tapi tak sangka dapat buat my first umrah on my birthday.

“Hadiah paling dahsyat saya dapat ini. Tak tercakap bila tengok Kaabah depan mata,” katanya menerusi Fb.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya menjadi insan yang lebih baik.

“Terima kasih @ustazahnorhafizahmusa untuk doa buat saya. Segan sangat semalam. Jaranglah saya rasa tenang macam ni. For @tyaadnan , sayangnyalah kat dia ni. Dia tahu kita diam je semalam.

“Thank you la Tya buat kita senyum. Last but not least, terima kasih kepada semua orang yang doakan aku. I saw it, i read it. Aku sedih. Tapi aku happy. Insya-ALLAH, kita semua jadi a better person,” katanya.

Selebriti seperti Sherry Ibrahim dan Catriona Ross serta warga maya turut tumpang gembira di atas rezeki Norreen dijemput ke Tanah Suci.

“Dia yang pergi..kita yang nangis..happy birthday Noreen..semoga ALLAH merahmati awak dunia dan akhirat,” kata shsafina.

“Bestnya Noreen dapat Hidayah camni. suka tengok dari zaman noreen kat twitter kot aku follow Norreen punya gila-gila ni. Happy birthday Norreen!,” kata Miralalalala.

“Semoga ALLAH mudahkan setiap urusan Norreeeen. We all pray the best for you. Semoga Tuhan terus beri baraqah yang berpanjangan sehingga nafas terakhir ameen ya Rabb,” kata Fatinnabila.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post