Nurul Shuhada-"Saya Datang Dengan Semangat Dan Harap Diberi Keadilan Sebagai Mngsa"

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada hadir ke perbicaraan kali pertama bagi pertuduhan dicederakan oleh aktor itu di Majistret di Mahkamah S3ksyen Kuala Kubu Bharu pagi ini.

Harapan Shu

Ketika ditemui di perkarangan m4hkamah, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengenakan blazer berwarna coklat berharap agar hari ini dia akan diadili sebaiknya.

Difahamkan Shuhada hadir bersama adiknya Nurul Sofia sebagai saksi bagi kes tersebut.

Alhamdulillah saya sihat, anak-anak pun sihat. Jadi hari ini datang dengan semangat.

Saya harapkan semoga diadili dengan sebaiknya. Shu memang nak perjuangkan demi anak-anak.

Akhirnya saya sebagai mangsa didengari dan saya pun nak beri semangat kepada orang di luar sana yang turut ditindas.

Saya harap pihak sana juga memberi kerjasama

Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduh4n ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan p0lis selepas mend4kwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

Pelakon berusia 30 tahun itu did4kwa atas pertuduh4n mencederakan isterinya (ketika itu) dan d4kwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Kes3ksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.

Untuk info, pasangan itu disahkan bercer4i talak satu pada 27 Julai lalu.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post