Pelakon Intan Ladyana Dan Harris Alif Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon Harris Alif dan Intan Ladyana berkongsi berita gembira apabila mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam video majlis pengumuman jantina yang dimuat naik di laman sosi4l milik mereka berdua.

"Anak lelaki," tulis mereka ringkas.

Pada majlis berkenaan, kelihatan Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, dilihat memec4hkan belon sebagai kejutan buat tetamu yang hadir menantikan khabar tersebut.

Majlis tersebut turut meraikan ulang tahun kedua anak pertama mereka iaitu Evie Khadeeja.

Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, pada Disember lalu mengesahkan isterinya itu hamil cahaya mata kedua namun enggan berkongsi lanjut usia kandungan serta jantina bayi mereka.

Sementara itu Intan pula ketika ditemui media dalam sebuah majlis pada Januari lalu turut berkongsi pengalaman hamil ketika usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

"Hamil yang kedua ini agak memenatkan sedikit sebab kena jaga anak pertama sekali," ujarnya.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan anak pertama mereka dilahirkan pada 31 Januari 2022.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post