Penjual Dedah Bisnes Aiskrim Tetap Makan Modal Besar ,Hairan Sifu FB D4kwa Boleh Untung 1,000 Peratus

Kekangan kewangan mendorong kebanyakan masyarakat menambah sumber pendapatan dengan melakukan dua kerja termasuk berniaga.

Maka tidak hairanlah apabila semakin banyak idea atau cabang bisnes dikongsikan di media sosi4l untuk dimanfaatkan bersama.

Namun tular baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan realiti yang perlu dihadapi golongan peniaga sepertinya.

Dia yang menceburkan diri dalam bisnes aiskrim berkata, hampir setiap hari terdapat kira-kira 10 individu yang mendaftar masuk ke dalam grup berkaitan aiskrim di Fb.

“Hampir setiap hari boleh kata, ada 5 hingga 10 orang yang akan masuk dalam group ice cream.

“Kenapa? Kerana ramai sifu (penceramah motivasi bisnes dan kewangan) yang cerita, berniaga aiskrim ni boleh untung 1,000 peratus. Margin sampai 800 peratus,” ujarnya memulakan cerita.

Menurutnya, kebanyakan golongan itu bukanlah mendapat keuntungan daripada jualan produk tetapi menerusi perkongsian ilmu yang dimiliki.

Malah katanya, modal yang dikeluarkan untuk menarik pelanggan hanyalah ‘air liur’.

“Realitinya ramai je yang jual kelas. Jom belajar buat aiskrim tanpa mesin, tanpa modal besar, guna hand mixer dah boleh siap... rasa setanding kedai-kedai mahal.

“Lepas belajar, memang tak beli dah aiskrim kat luar. Aiskrim homemade. Ini dakyah gang jual kelas,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, terdapat banyak kelas mahupun kursus percuma di media sosial jika sese0rang ingin mempelajari teknik pembuatan aiskrim.

“Jujur cakap, tak salah nak join class, cari je kat Google, bersepah orang ajar cara buat. Percuma pula tapi betul ke aiskrim ni untung beribu-ribu peratus?

Hampir sama dengan bisnes car wash, masa wabak dulu ramai yang buat tetapi sekarang semua berhenti sebab pelanggan tak ramai.

“Jom kita kira kos yang diperlukan, pertamanya adalah freezer. At least, second hand atau baru... asalkan boleh pakai.

“Kemudian kita perlukan mesin aiskrim. Paling murah dari China. Kalau Jerman, tak lari 15k (RM15,000),” tambahnya lagi.

Pada masa sama, lelaki ini turut berkongsikan harga bagi setiap barangan yang diperlukan dalam penghasilan aiskrim sehingga menjadi produk akhir untuk jualan.

Berdasarkan gambar yang disertakan, harga bagi setiap barangan yang diperlukan boleh mencecah ribuan ringgit.

“Roughly korang dah boleh kira kos berapa. Jadi saya nak tanya balik, kat mana 1,000 peratus seperti yang dikatakan? Kalau RM900 untuk 1,800 kon?

“Ini orang kata, untung sikit pun jadi... cukuplah tu. Tak payah banyak sangat. Buang (turun) harga, orang mesti ambil dengan kita,” luahnya.

Bukan itu sahaja, dia turut mengakui ramai peniaga aiskrim yang mula menurunkan harga bagi mendapatkan pelanggan disebabkan terlalu ramai yang melakukan bisnes tersebut.

“Apabila semua orang nak join the bandwagon, menjadikan industri tu penuh dan orang mula buang harga untuk dapatkan pelanggan,” katanya lagi.

Ada yang beranggapan kebanyakan yang terpengaruh dengan bisnes aiskrim adalah mereka yang tidak mengetahui tentang risik0 dan kos sebenar berikutan ‘sifu’ hanya berkongsikan jualan akhir.

“Sekarang ni ramai dah berhenti niaga sebab boleh kerja makan gaji semula selepas C0v1d. Hampir semua market saturated.

“Hampir sama dengan bisnes car wash. Masa wabak tu, ramai yang buat tetapi sekarang semua berhenti sebab pelanggan tak ramai.

“Apa-apa bisnes pun memang akan ada yang menceritakan kisah indah-indah sebab siapa je nak dengar kisah gagal dan rugi,” ujar beberapa warga maya.

Segelintir netizen pula merasakan lambakan kelas perniagaan yang ada pada masa ini menjadi punca wujudnya golongan scammers.

“Benda macam ni akan menyebabkan satu masalah lain datang, tengok apa jadi pada affiliate, dah messed up untuk pelanggan... sana scam sini scam,” tambah beberapa netizen.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post