Selepas 3 Tahun Hidup Gelendangan , Komposer Ross Ariffin Dapat Rumah. Fahmi Fadzil Janji Bantu Hidup Semula Karier

Selepas tiga tahun hidup sebagai geland4ngan, komposer Ross Ariffin akhirnya berpindah masuk ke sebuah rumah selepas mendapat bantuan daripada Menteri K0munikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, pihaknya juga akan berusaha bagi mendapatkan kerjasama daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi memberi peluang kepada Ross, 61, terus berkarya menghasilkan lagu baharu selepas ini.

"Semasa melangkah masuk rumah baharu, Ross macam tak percaya dia akhirnya mempunyai sebuah rumah sendiri untuk diduduki selepas tiga tahun menjadi gelandangan.

"Saya juga berbincang dengan pihak RTM supaya Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu baharu bersama RTM supaya dia dapat bangkit semula. Ross nampak begitu bersemangat untuk kembali berkarya.

"Buat pertama kali selepas tiga tahun menjadi gelandangan, Ross berpeluang untuk duduk di depan sebuah grand piano dan jari-jemarinya terus lincah meneroka papan kekunci," katanya.

Fahmi menulis perkara tersebut di laman Fb miliknya pada Ahad berserta beberapa keping gambar pertemuan mereka.

Dalam sesi berkenaan, Fahmi turut berkongsi kesedihan bagaimana Ross sebelum ini terpaksa menahan lapar, bahkan tidak makan seharian kerana hidup sudah dan tiada tempat tinggal.

Kata Fahmi, dia sendiri berasa sedih dengan pengalaman pahit terpaksa dilalui Ross namun dapat melihat semangat dalam diri komposer berkenaan.

"Setelah kami bertemu, Ross menceritakan kisah sedih beliau makan di jalanan, kadang-kadang menjamah sisa-sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja. Kadangkala tiada langsung makanan seharian sampai ke malam.

Ross berpeluang untuk duduk di depan sebuah grand piano dan jari-jemarinya terus lincah meneroka papan kekunci

"Saya tersentuh dengan segala pengalaman pahit dan kesukaran yang beliau lalui. Namun, Ross masih punyai tekad dan iltizam yang kuat untuk kembali berkarya kerana minat yang cukup mendalam," ujarnya.

Kisah Ross sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila dia ditemui berjalan seroang diri tanpa hala tujuan.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Ross memberitahu ada ketika dia akan berada di Pasar Seni, Kuala Lumpur selain sekitar Melaka.

Ross sebelum ini merupakan seorang komposer yang banyak menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi p0pular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff dan Ning Baizura.

Sementara itu dalam perkongsian sama, Fahmi turut memohon bantuan orang ramai untuk mengumpul dana agar membeli sebuah keyboard selain keperluan harian.

"Ross sedang mencari sebuah keyboard baharu dan sedikit wang tambahan untuk dia mulakan kembali kehidupan," jelasnya.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post