Seorang Wanita Penat Jadi Kuli , Jaga Anak Buah Sampai Malam.Adik Upah RM500 Sebulan . Gaji Bibik Lebih Tinggi

Seorang wanita meraih perhatian netizen selepas berkongsi kisahnya yang dilayan seperti 'kuli' oleh adik kandung.

Menurut wanita itu, dia bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada dua anak saudaranya dengan upah sebanyak RM500 sebulan.

Niat mahu membantu, namun wanita itu meluahkan kekecewaannya apabila dia dikerah tenaga hampir 24 jam sehari oleh adiknya sendiri.

"Aku penat jadi kuli adik aku. Masa awal dulu aku yang rela nak jaga anak dia sebab dia nak kerja. Suami dia tak nak orang luar jaga.

"Aku sebagai kakak, aku pun tolong jaga. Aku tak letak harga. Dia hanya janji nak bagi aku RM500 sebulan. Anaknya dua orang, umur dua dan 10 tahun.

"Sekarang, isu bukanlah sebab bayaran tapi dia buat aku macam bibik," kata wanita itu menerusi satu luahan di laman X, baru-baru ini.

Aku penat sampai tahap aku burnout.

Bukan sekadar mengasuh, wanita itu mendakwa dia juga perlu melakukan kerja-kerja rumah yang lain memandangkan dia dan adiknya tinggal sebumbung bersama ibu bapa mereka.

"Bayangkan kerja rumah semua aku buat dari cuci baju sampai ke memasak. Kami tinggal dengan mak ayah sebab aku bujang, dia pula suami offshore. Adik aku kerja syif malam.

"Aku cuba faham kerja malam penat, tapi cubalah faham tanggungjawab. Mula-mula dulu cakap jaga (anak-anak) waktu dia pergi bekerja je. Sekarang aku yang jaga dari pagi sampai malam.

"Aku sakit pun dia boleh buat bodoh tinggalkan anak dia dengan aku," luah pengadu berkenaan.

Tambahnya lagi, dia juga kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab adiknya yang mengabaikan kebajikan anak-anak sehingga membiarkan mereka kelaparan.

"Waktu makan anak tak teratur sebab ikut perut dia. Bila dia lapar baru dia bagi anak makan. Kadang anak dia pergi dekat aku tanya masak apa. Sumpah weh, aku penat.

"Aku penat sampai tahap aku burnout. Aku tahan sampai macam ni sebab aku nak nikah. Aku tahu lepas aku nikah, ibu aku pula kena hadap semua ni," luahnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen menyelar sikap adik wanita itu kerana mengambil kesempatan atas kebaikan ahli keluarga sendiri.

"Cakap dengan adik hang, bibik sekarang pun gaji lebih RM1,000. Tak nak orang luar jaga anak tu masalah dia.

"Bodoh. Buat anak tak reti jaga, baik tak payah. Menyusahkan orang.

"RM500 dua orang? Memang ambil kesempatan," kata netizen.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post