Tahniah , Pelakon Sharifah Amani Bakal Bergelar Ibu .Umum Hamil Anak Pertama

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Amani berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang berbadan dua.

Khabar gembira itu dikongsikan Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, menerusi Ig miliknya pada pagi Ahad.

"Syukur, Alhamdulillah," katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut turut memperlihatkan pelbagai reaksi termasuklah suami Amani iaitu Ahmed Faris, rakan-rakan selebriti dan keluarga Amani.

Rata-rata mereka terkejut dan sebak dengan khabar gembira itu.

Bagaimanapun, Amani tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini.

Namun dia berkongsi beberapa fotonya yang sudah sarat hamil anak pertama.

Untuk rekod, Amani dan Ahmed Faris, 40, berkahwin pada 10 September 2022.

Pasangan ini disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post