"Taknak Tanggung Dosa,Aku Rasa Serba Salah"Norreen Iman Tak Jual Baju Seksi Miliknya Kepada Wanita Islam

Perubahan imej yang ditonjolkan oleh pelak0n dan personaliti media sosial, Norreen Iman mendapat perhatian warganet setelah dia menggenakan hijab.

Jual baju lama

Menerusi sesi siaran langung di TikT0k, Norreen dilihat sedang menjual baju-baju terpakai miliknya.

Namun bagi pakaian yang tidak menutup aurat, Norren atau nama sebenarnya Norren Iman Abdullah berkata dia hanya mahu menjual kepada mereka yang bukan Islam.

Yang bukan Islam sahaja boleh beli baju ini. Untuk orang Melayu beli, saya tak nak t4nggung d0sa.

Nanti ada pula yang kata aku jual baju tak panjang, nanti orang lain pakai baju ini juga.

Bagaimanapun, Norreen kemudian berubah fikiran kerana baju tersebut mencolok mata dan risau berikutan ianya tidak sesuai untuk digayakan oleh wanita Islam.

Baju ni banyak kenangan sangat dah..Tak jadi jual baju ni, aku rasa serba salah..tak baiklah.

Norren sebelum ini memaklumkan bahawa dia kini di dalam fasa ke arah yang lebih baik susulan perubahan imejnya.

Dia juga dilihat sudah mula memadam gambar dan videonya tidak berhijab yang pernah dimuat naik di Instagram (IG).

Sementara itu, warganet juga mengagumi penghijrahan yang dilakukannya dan mendoakan agar dia kekal istiqamah dengan penampilan tersebut.

Sumber: TikT0k

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post